Monday, December 14, 2009

blogging~

salam...

kalau tengok bilangan entry merepek aku yang dah melebihi 100, aku agak terkejut juga... bertahan juga aku dengan dunia blogging nie... haha..walaupun follower aku yang boleh aku bilang menggunakan jari tangan dan kaki aku nie.. aku tetap berterima kasih kepada kamu semua yang nak jugak tekan butang follower itu untuk memfollow blog aku yang lebih kepada merepek dan merapu sebenarnya... tapi trimas sangat2 ya...

kalau nak dikira saat aku mula terjerumus dalam dunia blogging nie masih hijau lagi.. dimulakan dengan sekadar suke2 atau lebih kepada ikut trend semasa.. haha.. tapi entah dimana x-factor yang muncul dari celah2 blog nie yang membuatkan aku mesti buka blog ini setiap hari... menjadikan ia suatu kemestian mengalahkan myspace, frenster dan juga pesbuk sendiri.. hoho

keghairahan aku makin bertambah bila aku mula memfollow blogger2 lain.. ye.. kadang2 hanya menjadi silent reader.. bagaikan tertunggu2 entry mereka.. ya kadang2 mereka nie x sedar yang orang macam aku nie wujud.. haha.. name pun silent kan.. ye la di bandingkan dengan follower mereka yang ramai mane nak sedar dengan pertambahan follower mereka.. haha..

tapi, entry2 mereka kadang2 boleh buat aku release tensen aku nie.. ade ke patut aku boleh gelak sorang bace entry mereka.. haha.. syabas untuk mereka.. walaupun entry yang boleh dikatakan agak2 senghal.. tapi entry macam tue yang aku cari.. hahha.. aku dah buhsan ngan entry yang serius sangat2.. so aku memang x follow orang yang duk cerita politik 24 jam nie.. buhsan.. hahah... sekali sekala nak gak release otak nie yang kunun2 nya serabut la sangat.. hahah

p/s: selagi aku mampu.. akan aku teruskan blog nie.. oho~